Sunday, September 6, 2009

~..Punca/Sebab/Faktor..~


Kebelakangan ini sering kita direntet oleh isu yang menggigit sukma lakunya.Hal ini adalah demikian kerana pengertian terhadap cinta disalah ertikan. Punca-puncanya adalah seperti berikut:

1. kurangnya penghayatan agama dalam diri.

2. Ibu bapa tidak mengambil berat dan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak.

3. kurang pendedahan tentang cinta.

4. salah faham terhadap konsep cinta yang sebenarnya.

5. terpengaruh dengan rakan-rakan.

6. terpengaruh dengan media massa (tayangan filem-filem cinta yang menyalahi syarak, menjadikan artis sebagai contoh teladan)



Antara perilaku sumbang yang semakin sebati di kalangan remaja hari ini:~


1. Memandang kepada bukan mahram

Firman Allah di dalam surah an-Nur, ayat 30, mafhumnya: ((Katakanlah pada lelaki yang beriman: "hendaklah mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka… ).

Apabila pandangan melihat benda yang tidak elok, maka manusia akan terdorong untuk melakukan maksiat seperti zina. Oleh sebab itu, Allah telah mengharamkan memandang kepada wanita yang bukan mahram dengan sengaja, maksudnya dengan shahwat dan tanpa sebab syar'ie, seperti kehakiman, muamalat harian tujuan untuk menikahi perempuan yang dilihat dengan syarat-syarat tertentu. (rujuk bab an-nazru tulisan dari. Abdul Karim Zaidan dalam "Al-mufassal fi ahkam almar'ah wa baitul muslim", jilid 3.) Ini kerana pandangan yang tidak bersebab itu boleh membangkitkan syahwat serta menimbulkan fitnah, juga mungkin akan mengikat hati lelaki pada wanita.

Justeru, pandangan mata perlulah dijaga demi keselamatan hati dan rohani, kerana pandangan juga boleh membawa kepada zina, seperti sabda Rasulullah, "dua mata itu boleh berzina melalui pandangannya"-riwayat Bukhari. Rasulullah pernah berpesan pada Saidina Ali bin Abi Talib Karamullahiwajhah: " Wahai Ali,jangan kamu turuti pandangan pertama (yang tidak disengajakan dengan pandangan seterusnya, sesungguhnya pandangan pertama itu tidak mengapa, tapi yang kedua bukan haqmu.."-riwayat Tarmizi.


2. Berjumpa dan berjalan berdua-duaan

Seorang perempuan tidak dibenarkan bermusafir sendirian, dan bertemu lelaki ajnabi sendirian, seperti sabda Nabi s.a.w: " Tidak bermusafir seorang perempuan kecuali ada bersamanya mahramnya, dan tidak boleh seseorang masuk menemuinya kecuali ada mahramnya."- hadis riwayat Imam Bukhari. Perempuan juga dilarang berjalan bersama sama lelaki, dalam sunan Abi Daud, diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memerintahkan para wanita agar berjalan di tepi laluan jalan, tidak di tengah kerana mengelakkan mereka dari bercampur dengan lelaki. Sedangkan percampuran begini dilarang, apatah lagi berjalan berdua - duaan.


3. Berpegangan tangan

Di dalam Islam, mengikut pendapat jamhur dan rojih, seorang muslim diharamkan bersalaman/bersentuhan dengan semua wanita (iaitu dalam hal biasa, dibolehkan dalam hal darurat seperti perubatan), kecuali dengan mahramnya: ibunya, adik beradiknya,anaknya, ibu mertuanya, ibu saudaranya, anak saudaranya, isterinya dan anak tirinya( anak isteri).

Jika dilihat dari sirah Rasulullah, baginda amat tegas menjauhi persentuhan lelaki perempuan, hatta dalam hal penting sekalipun seperti bye'ah. Bahkan rasulullah akan mengambil bye'ah wanita melalui ikrar sahaja. Daripada Aisyah r.a, katanya: Nabi mengambil bye'ah para wanita dengan ikrar, baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita kecuali wanita yang halal baginya.-riwayat Bukhari.

Namun yang demikian, mengapa masih ramai anak anak muda berpasangan berpegangan tangan, sedangkan baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "sekiranya seseorang itu mencucuk kepalanya dengan jarum besi, itu adalah lebih baik baginya dari menyentuh perempuan yang tidak halal baginya"- riwayat Tabrani dengan sanad yang soheh. Telah menjadi fitrah pada lelaki dan wanita apabila bersentuhan keduanya maka akan timbul rasa seronok di hati. Ini akan menjadi satu permulaan kepada perkara maksiat. Syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan menghiasi perkara yang dimurkai Allah agar kelihatan indah.

Bersentuhan sangat berkaitan dengan hawa nafsu, dan hawa nafsu itu adalah buta dan tuli. Apabila nafsu menjadi raja, maka syaitan pun bertepuklah tangan. Bagi wanita pula,malu itu adalah ibarat mahkota yang tidak perlukan singgahsana. Tetapi sekiranya mahkota ini tercabut dari singgahsananya, maka jadilah wanita itu lebih dahsyat daripada 70 ekor syaitan!


4. Berdua-duaan / dating/ khalwah ajnabiyah

Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan"-(riwayat imam Ahmad). Tidak syak lagi bahawa berdua-duaan satu perkara yang amat besar bahayanya. Nafsu shahwat akan memungkinkan segalanya, ditambah lagi syaitan yang akan berusaha kuat untuk menjerumuskan manusia ke jalan kemaksiatan. Apabila sudah berada di landasan keseronokan nafsu, seseorang baik lelaki mahupun wanita akan lupa kekuasaan Allah, kemurkaan dan azabNya. Mereka juga akan melupakan nilai kesucian diri dan kemuliaan sifat terpuji. Dalam keadaan berdua-duaan amatlah mudah untuk terjatuh ke dalam jenayah yang besar. Bahkan ianya merupakan satu peringkat yang paling menghampirkan diri kepada zina, dan ianya terbukti dengan kes-kes penangkapan khalwat, dan muqaddimah zina serta zina itu sendiri yang berpunca dari berdua-duaan.

Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah daripada berdua-duaan dengan perempuan, Demi diriku yang berada dalam tanganNya, tidaklah berkhalwat dua orang lelaki dan perempuan kecuali ada syaitan diantara mereka.. dan jika sekiranya seorang lelaki berhimpit dengan seekor bab* yang berlumuran lumpur dan kotoran itu lebih baik baginya dari berhimpit bersentuhan bahu dengan perempuan yang tidak halal baginya". Hadis di atas jelas mengharamkan khalwat dan duduk berdua bersama, kalau di zaman kita ini termasuklah duduk berdua-duaan bersebelahan di dalam bas, wayang dan sebagainya. Satu alasan yang popular bagi mereka yang ingin berdua-duaan ialah untuk mengulangkaji pelajaran. Menuntut ilmu itu memanglah satu perkara yang dituntut, tapi apakah sudah tidak ada pelajar lain di atas muka bumi ini untuk belajar bersama sama. atau sudah tiada pelajar yang sama jantina yang boleh membantu dalam pelajaran.

Cuba kita renungi kata-kata Imam Hasan al-Basri : "Jangan kamu berdua-duaan dengan perempuan, walaupun kamu berkata. saya mengajarkannya al-Quran". Demikianlah beberapa hujah dari baginda Rasulullah sendiri serta para ulama tentang larangan dan bahaya khalwah atau berdua-duaan dengan orang yang bukan mahram.

~...CINTA ADALAH FITRAH..~


Islam menggariskan satu sistem yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Oleh kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha mengetahui segala naluri dan fitrah kita. Kerana itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak naluri manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta.


Perempuan itu dijadikan daripada rusuk lelaki, sebab itu lelaki ada perasaan terhadap wanita yang sememangnya dijadikan daripada satu bahagian tubuh dirinya sendiri. Kalau dilihat dari kisah kehidupan awal manusia, seperti diceritakan dalam kitab sirah imam Ibnu Kathir, "al-bidayah wa an-nihayah",dan beberapa kitab lain, bahawa nabi Adam alaihissalam sendiri kesunyian ketika mula diciptakan di dalam syurga, lalu Allah menciptakan Hawa bagi menjadi teman hidup Adam. Tapi Allah tidak membiarkan mereka bercinta begitu saja tanpa ada ikatan, mereka lantas diijabkabulkan. Allah Taala berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada satu contoh yang amat baik untuk kamu ikuti..". sepanjang rentetan sejarah rasul dan para sahabat, perkataan cinta itu wujud dalam rumahtangga mereka.


Islam menyediakan ruang untuk bercinta, iaitu percintaan untuk perkahwinan. Maknanya di sini Islam meletakkan cinta itu sebagai satu tanggungjawab, bukan satu permainan atau keseronokan semata mata. Jika benar benar mencintai seorang perempuan itu, seorang lelaki hendaklah menunaikan tanggungjawabnya, jika sudah bersedia maka ikatlah dengan ikatan yang sah, jika belum bersedia, banyak-banyaklah berdoa pada Allah dan jangan sekali kali melakukan perkara yang berlanggar dengan syara'yang boleh mencemarkan kesucian cinta sebagai satu fitrah.


Justeru, bersamalah kita mengawal fitrah yang indah ini agar tidak terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah. Hanya cinta Allah yang boleh memimpin kita meniti lembah sunyi menuju firdausi.Ingatlah "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"

Wallahua'lam.

~..CINTA, SATU PERSOALAN..~


"Kebelakangan ini kerap kita mendengar soalan tentang bolehkah sebenarnya bercinta dalam Islam. Mungkin dek kerana terpengaruh dengan aluan nasyid nasyid longlai dan fatwa cinta di dalamnya, ramai pula orang ingin merasakan nikmat bercinta . Persoalan ini sebenarnya satu soalan yang agak sukar untuk dirungkai, apa lagi bagi orang yang tak punyai pengalaman .


Memang benar cinta itu adalah satu fitrah bagi semua manusia normal. Dan fitrah itu sesuatu yang suci. Maknanya cinta itu pada asalnya satu fitrah yang bersih, ***a bila dicemari oleh nafsu dan dicampurkan dengan perkara terlarang yang mendorong ke arah maksiat besar, fitrah boleh berubah menjadi fitnah pula. Di antara tujuan diciptakan perasaan ini adalah untuk menguji perempuan dan lelaki, sepertimana firman Allah dalam surah Al-Furqan:

(( dan kami telah jadikan sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain fitnah, adakah kamu melihatnya? Sesungguhnya Tuhanmu Maha Melihat )).


Seperti yang telah dinyatakan, Allah Taala telah menetapkan jalan yang halal mengikut syara' untuk memenuhi naluri fitrah ini iaitu melalui jalan perkahwinan, dan telah diharamkan segala jalan lain selain perkahwinan supaya manusia tidak terjebak dalam perkara haram dan kotor yang dimurkai Allah Taala.


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Rum 30: 21]


Ini kerana manusia itu secara semulajadinya memang inginkan kepada keseronokan yang ditimbulkan oleh nafsu, dan syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan mendorong mereka ke jalan nafsu yang menjadikan manusia hilang akal dan bimbingan diri.

Cinta itu boleh berubah menjadi satu fitnah bilamana ia dicampurkan dengan perkara perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Apabila larangan Allah diperlekehkan,nafsu lantas mengemudi hati, maka hilanglah rasa malu di dalam diri.

~..TERAPI PENYAKIT CINTA..~


1. Ikhlas kepada Allah. Jika seseorang yang terkena penyakit al-‘isyq benar-benar ikhlas dan menghadapkan wajahnya kepada Allah dengan tulus, niscaya Allah akan menolongnya dengan cara yang tiada pernah terlintas di hatinya. Dia akan menyingkirkan segala penghalang menuju jalan taubat.


2. Berdo’a. Merendahkan diri kepada Allah, secara tulus menyerahkan diri kepada-Nya, ikhlas, dan memohon kepada-Nya dengan segala kerendahan.


3. Banyak berfikir dan berzikir. Setiap orang hendaklah sentiasa ingat bahawa seluruh perbuatannya akan dipersoalkan tangungjawab masing-masing. Seharusnya dia berfikir bahawa perbincangan dengan kekasihnya akan ditanyakan nanti di hari kiamat. Dia juga hendaklah berfikir betapa malu dirinya kelak ketika Allah mencela perbuatannya.


4. Menjauhkan diri dari orang yang dicintai. Menjauhkan diri akan mengusir bayangan orang yang dicintai dalam hatinya. Kita hendaklah bersabar menanggung perpisahan beberapa saat walaupun sulit pada awalnya. Seiring dengan waktu, seluruh masalah akan menjadi mudah.


5. Menyibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat. Hal ini demikian kerana mabuk cinta adalah kerana kesibukan hati yang kosong. Hatinya akan dipenuhi bayang-bayang kekasihnya. Tetapi ketika ia sibuk dengan hal-hal lain, maka cintanya akan memudar, rindunya akan hilang dan akhirnya ia dapat melupakannya.


6. Berkahwin kerana pernikahan itu mencukupi segalanya, penuh berkah dan menjadi solusi. Jika orang yang dicintainya adalah wanita yang mungkin dinikahinya maka hendaklah ia menikahinya. Jika sulit menikahinya hendaklah memohon kepada Allah untuk memudahkannya. Jika tak boleh menikahinya kerana sebab-sebab tertentu, maka hendaklah ia bersabar dan memohon kepada Allah agar diberi jalan keluar.


7. Pendidikan dan kefahaman di kalangan umat Islam mengenai cinta dan tahap-tahapnya perlu diterapkan. Cinta kepada Allah, nabi, al-Quran dan agama perlu diutamakan agar mereka tidak membesar dengan sifat benci kepada titah perintahNya atau saranan agama.


8. Pendidikan dalam segala peringkat harus diperkukuh. Pendidikan itu bukan hanya di sekolah, tetapi termasuk pendidikan yang tidak formal. Keseluruhan masyarakat harus memainkan peranan dalam mendidik ke arah cinta positif. Janganlah suasana positif hanya diwujudkan di sekolah, tetapi di luar, pelajar dipengaruhi oleh nilai-nilai yang bertentangan dengan pendidikan yang mereka dapati di dalam sekolah.


Demikianlah cara-cara untuk mengatasi penyakit cinta. Sama-sama kita bermohon kepada Allah agar menjauhkan kita dari jalan-jalan kehancuran dan membimbing kita kepada kebaikan dunia dan akhirat. “…Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya” [al-Baqarah 2: 286]..Wallahu a’lam

~..MARTABAT CINTA..~


Dalam membicarakan cinta, para ulama telah membahagikannya kepada beberapa martabat.
1. Yang tertinggi ialah cinta kepada Allah, rasul, agama dan jihad fisabilillah.Ini disebut al-hub ul a’la; lumrahnya apabila ajaran agama telah meresap ke dalam jiwa mukmin, keimanannya akan menjadi segar dan kental sehingga ia amat sayang kepada Allah S.W.T. Ini kerana dia yakin Allah S.W.T Maha Sempurna, Maha Agung dan tiada yang menyamai-Nya.

Mereka yang menikmati cinta tertinggi ini redha berbuat apa sahaja demi-Nya. Sebab itu, golongan yang mempunyai cinta tertinggi ini tidak akan memilih jalan yang tidak disukai-Nya kerana Allah S.W.T berfirman, “Tidaklah wajar bagi para mukmin lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menentukan sesuatu, mereka memilih yang lain….Sekiranya Allah menyatakan hukum-Nya adil maka mereka yang martabat cintanya tinggi kepada Allah akan mematuhinya dengan yakin.

2. Cinta di tahap kedua disebut al-Hub al-ausat atau cinta tahap pertengahan yang berkaitan dengan individu, keluarga, masyarakat dan sebagainya. Gerak hati dan perasaan manusia yang merasakan dirinya terpikat kepada orang lain dengan talian nasab, kekeluargaan, persahabatan dan sebagainya. Cinta seperti ini juga diperlukan dalam masyarakat manusia dan digalakkan oleh Allah S.W.T. Umpamanya mengasihi ibu bapa, isteri, suami, anak-anak, saudara mara dan sesama manusia akan mewujudkan suasana rukun damai dan harmoni. Tanpa cinta dalam martabat ini, tidak mungkin sebuah keluarga akan mendapat kebahagiaan. Akibat dari itu sudah pasti tidak akan ada zuriat yang dapat dilahirkan, dan tidak mungkin kukuh jalinan kemasyarakatan.

Jadi cinta di tahap ini amat penting untuk merealisasi keperluan individu, keluarga, bangsa, bahkan warga dunia. Sebab itu juga syariat Islam menegaskan perlunya dicambahkan, dan diperkasa cinta serta kasih sayang kepada isteri, suami, anak kecil, binatang, jiran, bahkah kepada seluruh manusia dan makhluk.,” Dalam hubungan ini terdapat beberapa hadis Nabi saw yang menegaskan perkara ini;

“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.”

Sepotong hadis lain juga menyebut,
“Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.”

“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia berbuat baik dengan jirannya dan memuliakan mereka …”

Hadis lain juga menyebut,
“Makhluk ini seluruhnya adalah tanggungan Allah, orang yang paling disayangi Allah adalah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada tanggungannya.”


3. Tahap cinta ketiga adalah cinta yang bertaraf rendah, negatif, dan memusnahkan manusia atau di sebut al-Hub al Adna. Contohnya cinta dan kasih kepada seorang yang zalim, diktator, atau orang yang menganggap dirinya sebagai tuhan.

Dalam surah al-Mumtahanah: 1, Allah berfirman;
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu….”

Begitu juga kasih sayang, berahi yang menyebabkan seseorang bergelumang dengan maksiat dan kedurjanaan. Mencintai sesama insan atau lain-lain melebihi cinta kepada Allah, rasul dan jihad termasuk dalam kategori cinta bertaraf rendah ini.

Ini ditegaskan oleh ayat al-Quran, surah at-Taubah: 24, “Katakanlah: ‘Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.’ Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”

Bahkan ada hadis menyatakan, “Tidak akan beriman seorang daripada kamu sehingga aku lebih disayangi dari hartanya, anaknya dan orang lain,”

Cinta yang buruk ini juga ialah cinta nafsu, patuh kepada kehendak-kehendak nafsu amarah, dan berakhlak dengan bangga diri, egoistik sehingga Allah berfirman; “Tidakkah kamu lihat (wahai Muhammad) orang yang menjadikan tuhannya ialah hawa nafsunya, dan Allah sesatkannya pada hal dia berilmu….”

Cinta ditahap ketiga ini termasuk cinta kepada syaitan, dengan memuja dan mematuhi perintah serta bisikannya. Sedangkan di dalam surah Yaasin difirman secara jelas bahawa syaitan adalah musuh manusia yang nyata, dan telah menyesatkan generasi-generasi terdahulu.

~..Cinta Dari Perspektif Syara' ..~


Dalam bahasa Arab, ia lumrah disebut dengan perkataan al-Hub (kasih atau cinta), al-mualah (saling setia), dan “al-‘isyq” (pendaman rasa kasih). Perkataan ini membawa makna cinta dalam berbagai darjatnya. Cinta adalah sebahagian daripada naluri atau intuisi yang ada dalam diri manusia yang dibekalkan oleh Allah S.W.T. Ia menjana kecenderungan dalam diri seseorang kepada orang lain yang menyebabkan dia memuja, menyanjung, dan beriltizam untuk membantu, menyanjung, mengambil hati serta membelai perasaan pihak yang dicintai.


“Cinta teras kehidupan; ia pencetus rindu, yang mengukuhkan hubungan antara seseorang manusia dengan yang lain; baik manusia atau objek-objek lain. Sekiranya graviti adalah hukum alam yang mengikat antara bulan bintang dan planet .Ia menghalang pelanggaran antara planet-planet tersebut, maka cinta adalah rasa kasih sayang yang menambat dan menautkan hubungan kemanusiaan. Perasaan Cinta inilah yang menghalang mereka daripada bersengketa, dan melakukan pertarungan yang menumpahkan darah.

“Sebab itu di dalam Islam, cinta amat dititikberatkan dan sangat diberi perhatian,” Di dalam al-Quran, perkataan al-Hubb disebut 88 kali, tetapi hanya sekali yang merujuk kepada cinta antara lelaki dan perempuan, iaitu dalam ayat 30 surah Yusuf;

وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَأَةُ الْعَزِيزِ تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَن نَّفْسِهِ قَدْ شَغَفَهَا حُبّاً إِنَّا لَنَرَاهَا فِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ

“Dan wanita-wanita di kota berkata: ‘Isteri Al Aziz menggoda teruna (angkat)nya. Dia sudah dilamun cinta berahi. Kami berpendapat beliau terang-terang telah menyimpang.”

Manakala kebanyakan ayat-ayat lain merujuk kepada golongan yang disukai oleh Allah S.W.T atau golongan yang dimurkainya, contohnya dalam surah al-Baqarah: 195 (Allah suka orang-orang yang berbuat baik), al-Imran: 46 (Allah suka orang yang sabar), al-Imran: 159 (Allah suka orang yang bertawakal), at-Taubah: 108 (Allah suka orang yang mengamalkan budaya bersih), as-Saf: 4 (Allah suka orang yang berjuang di jalan-Nya), al-Baqarah: 205 (Allah tidak suka perbuatan orang yang melakukan kerosakan dalam masyarakat), an-Nisaa:107 (Allah tidak suka para pengkhianat yang banyak berbuat dosa), al-Mumtahanah: 8 (Allah suka orang-orang yang adil), dan al-Imran: 31 (… “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu…”)

Perkataan sayang, kasih, yang diulang banyak kali ini membayangkan cinta sememangnya suatu yang penting di dalam Islam. Malah ada ulama berpendapat agama tidak lain adalah cinta atau kasih sayang. Jika tidak ada kasih sayang, seolah-olah tidaklah ada penghayatan agama.

“Cinta adalah suatu yang bersifat teras dalam Islam, malah iman itu tidak lain dari sayang, membenci, memberi kerana Allah S.W.T. Agama Islam adalah agama yang berteraskan kepada perasaan cinta dan kasih kerana Allah.”

Dalam hubungan ini terdapat banyak hadis Rasulullah saw yang menekankan soal cinta dan kasih sayang. Di dalam sepotong hadis riwayat Muslim dinyatakan,

“Demi Allah yang memakmurkan dunia, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang antara satu sama lain.”

Baginda juga bersabda, “Sesiapa yang sayang kerana Allah, benci kerana Allah, memberi kerana Allah, dan menahan kerana Allah, maka telah sempurna imannya.”

Rasulullah saw turut mengajarkan doa, “Ya Allah, kurniakanlah kepadaku rasa sayang dan kasih kepada-Mu, dan rasa kasih sayang kepada orang yang sayang kepada-Mu, dan jadikanlah kasih sayang kepada-Mu itu lebih aku sukai daripada air yang dingin.”

Jadi di dalam Islam, cinta dan kasih sayang adalah sesuatu yang amat ditegaskan, ia adalah teras ajaran agama, malah menjadi asas ajaran agama.

Kasih sayang kepada Allah, agama, rasul, dan al-Quran membentuk seorang muslim.Tanpa cinta dan kasih sayang, masyarakat manusia tidak akan aman. Ia juga adalah asas kepada ketamadunan dan amat penting kerana mengikat hubungan suami isteri, anak dan ibu, kekeluargaan, masyarakat sebangsa dan sebagainya. Islam mengajar kasih sayang dan cinta yang diluahkan dalam acuan yang diterima oleh syarak. Jika dilimpahkan dalam acuan yang melanggar batas syarak, ia adalah kasih sayang yang tidak sihat dan negatif. Contohnya berahi kepada sesama lelaki atau perempuan.

~..REALITI..~

>>SEBELUM DIBIUS CINTA<<

“ish, batu!!!! Kenapa kau langgar kekasih aku?” marah seorang lelaki kepada seketul batu yang ‘melanggar’ buah hatinya.

“Oh abang, biar pun baju abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!” kata seorang ‘gelifriend’ kepada ‘buayafriend’ beliau.

Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biar pun bunyinya sangat luar biasa kepada manusia biasa, ia amat biasa dan perlu bagi dua belangkas yang sedang mabuk cinta. Sama ada cinta di antara dua pasangan yang belum bernikah, atau yang pengantin baru yang sedang menikmati bulan-bulan madu mereka.

~..KESAN CINTA MONYET DALAM KEHIDUPAN REMAJA..~



Sebenarnya cinta itu indah dan suci,tapi manusia yang membuat cinta itu menjadi buta.. Sayang sekali kerana cinta manusia sekarang adalah cinta buta… Cinta yang yang penuh dengan nafsu semata-mata,tiada keikhlasan di hati. Manusia sekarang hanya mementingkan nafsu dari segala-galanya. Itu bukan cinta namanya. Itulah cinta yang ditukar menjadi racun. Semakin ramai remaja cuba menjustifikasikan bahawa cinta mereka adalah suci kerana mereka ber’sms’ hal-hal iman dan amal, sedangkan yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah, tetapi gelodak nafsu yang licik menipu.Berikut adalah antara kesan cinta monyet dalam kalangan remaja:
1. Lupa dan leka tanggungjawab terhadap Pencipta,diri sendiri dan keluarga.
2. Bergelumang dengan dosa-dosa.
3. Berada di dunia khayalan dan tidak berpijak di bumi yang nyata.
4. Hilang fokus terhadap pelajaran.
5. Cinta bukan pada masanya perosak jiwa.
6. Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.
7. Cinta memerlukan banyak pengorbanan.
8. Maruah diri terjejas. Ia merupakan mukadimah-mukadimah yang melahirkan jenayah seksual seperti rogol, atau cinta melampaui batas.
9. Rumahtangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan dan keterlanjuran, akan dihukum oleh Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu.
10. Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada sms berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat.
11. Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu.
Cinta tidak semestinya bersatu jika kita tidak ditakdirkan bersama. Cinta sejati adalah cinta antara suami dan isteri. Cinta ini adalah cinta yang halal. Teruskan mencintai milik kita, pasti bahagia. Jangan cuba mengkhianati cinta yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Tidak dinafikan, kehidupan tanpa cinta akan membuatkan diri terseksa dan merana. Tetapi, ingat!! Kepada remaja zaman sekarang, fikir-fikarkanlah. Jagalah dirimu baik-baik. Sentiasa ingat pada Allah.. Hanya pada Dia kita berserah diri…

Saturday, September 5, 2009

~..CINTA + COUPLE = ????..~

HAYATI BERSAMA.. "YANG BAIK JADIKAN TELADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN"


~..PRINSIP CINTA ..~



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, kerana dia akan dapat menuntun tanganmu".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

~..JENIS-JENIS CINTA..~



1) CINTA KEKASIH ORANG

• Menjalinkan hubungan dengan milik orang. Risiko anda menjadikan boneka tempat melepaskan kesepian juga amat tinggi. Malah, jika hubungan anda dan dia dapat dihidu dan dijejaki kekasihnya,pasti perang dunia ketiga akan meletus. Elakkan menyandang gelaran orang ketiga , perampas atau seumpamanya kerana sesungguhnya , manis percintaan hanya seketika Cuma, pahit dan sakitnya saja akan berkekalan lamanya.


2) CINTA WARIS

• ibu bapa yang mahu merapatkan kembali hubungan kekeluargaan dengan menjodohkan cinta anak2 dengan sepupu mereka sendiri atau yang seumpamanya


3) CINTA TIKAR GANTI

• individu yang menjalinkan hubungan cinta dengan sahabat bekas kekasih


4) CINTA KULIAH

• Cinta monyet atau cinta antara rakan sekuliah


5) CINTA MAJIKAN

• adalah hubungan cinta antara majikan dan pekerja


6) CINTA SEJENIS

• Menjalinkan hubungan sejenis sesama jantina


7) CINTA KILAT

• Jatuh cinta pandang pertama


8) CINTA NAFSU

• Cinta yang lahir daripada pandangan berahi


9) CINTA OBSESS

• Perasaan cinta yang tidak berlandaskan rasional akal, sebaliknya
mempertaruhkan perasaan, hati dan jiwa sepenuhnya


10) CINTA HAKIKI

• Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.
• Cintailah sesiapa pun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk kita terus menyintai Allah.
• Cinta itu haruslah dibina atas dasar cinta kepada Allah
• Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik

Saturday, August 29, 2009

??bagaimana??


Banyak saranan yang boleh dilakukan untuk mengatasi penyakit cinta. Perkara tersebut amat penting untuk diamalkan dalam usaha menjaga kesucian diri. Antaranya ialah dengan menjaga pandangan mata bagi lelaki dan wanita, menutup aurat, menjauhi perbuatan yang menarik perhatian lawan jantina,
serta amalan berpuasa.

Menjaga Pandangan Mata

Surat an Nur ayat 30: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Surat an Nur ayat 31 pula: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Ternyata, untuk menjaga kesucian diri, bagi seluruh kaum muslimin dan muslimat, terutama yang belum berkahwin, salah satu sarana yang wajib diamalkan ialah menjaga pandangan mata, jangan sampai bertentang mata antara lain jantina atau memandang lain jantina dengan nafsu al hawa atau juga memandang perilaku maksiat. Mata sesungguhnya sangat besar peranannya dalam menghindar maksiat dan menjaga kesucian diri, kerana mata adalah deria yang menerima input. Sedang input adalah modal yang akan diproses oleh hati dan menghasilkan output ie tindak laku manusia. Inputlah yang menjadi pencadang output. Baik input, maka insyaAllah baiklah output, sedang buruknya input menghasilkan output yang buruk. Maka sebab itulah amat penting untuk menjaga pandangan mata dan mengawalnya agar tidak terterima atau sengaja menerima input yang negatif yang bakal menghasilkan output perilaku yang negatif dan berdosa pula.



Menutup Aurat dan Menyembunyikan Perhiasan Wanita

Ayat 31 surat an Nur juga memberi panduan khususnya untuk wanita, dalam upaya memelihara kesucian diri: "... janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. ..." Perhiasan pada diri wanita itu terbahagi dua; perhiasan internal dan perhiasan eksternal. Badan wanita itu sendiri adalah perhiasan dan merupakan perhiasan internal. Sedang segala perhiasan yang dipakaikan kepada wanita itu dari pakaian, barangan kemas, bau-bauan, warna-warnaan dan lain-lain adalah perhiasan eksternal. Maka, wanita sewajibnya tidak menampakkan perhiasan internal dan eksternal mereka. Aurat wanita adalah sebahagian dari perhiasan internal. Maka aurat hendaklah ditidaknampakkan atau disembunyikan dari pandangan lelaki baik dari segi permukaan aurat itu, warnanya, malah bentuknya ie bentuk anggota badan terutama yang sensitif pada pandangan lelaki. Pernyataan "... kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. ..." dalam ayat 32 surat an Nur itu merujuk perkara yang pada waktu kebiasaannya memang tampak, seperti luaran pakaian, muka dan tangan. Tapi itu tidak bermakna wanita boleh berpakaian, atau menghias muka dan tangan sampai boleh menarik perhatian lelaki seperti memakai pakaian yang ketat atau sendat ke bentuk badan, nipis hingga menampakkan dalaman badan atau berwarna terang ranggi yang menarik perhatian, atau memakai bau-bauan semata menarik perhatian, umpama warna dan bau bunga menarik kumbang. Muka dan tangan pun tidak sepantasnya dihias sehingga menarik perhatian lelaki bukan suami. Sedang larangan inilah yang menjadi budaya wanita moderat hari ini. Inilah cabaran dan ujian buat Muslim agar mereka layak diganjari syurga di mana Muslimat akan menjadi bidadari dan Muslimin akan bercinta dengan mereka
Dengan seindah-indah cinta syurga yang tidak pernah wujud dalam cinta hawa nafsu manusia dunia yang hina.

Diberikan lagi panduan dalam ayat 31 surat an Nur manual bagaimana wanita hendak memelihara kesucian diri "... Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."

Diberikan panduan secara jelas, terang lagi bersuluh agar wanita menutup perhiasannya dengan lebih kemas pada bahagian tertentu dari perhiasan itu. " ... Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, …". Memang dapat difahami bahawa ia perlu ditutup dan tidak dibuka, perlu ditidaknampakkan bentuknya, serta penutupan itu bersifat menyeluruh bukannya parsial, iaitu meliputi seluruh anggota dan bukan separuh-separuh saja atau sekadar ambil-ambil nama tutup. Yang ditutup itu adalah perhiasan, maka selayaknya ia ditutup secara total supaya sedikitpun tidak terkena kotor. Ada yang mempersoal, kalau ia ádalah perhiasan kenapa ia mesti ditutup sedangkan perhiasan adalah untuk ditayang dan diperagakan. Ya, memang ia untuk ditayang dan diperagakan, tapi ia bukan perhiasan sebarangan yang boleh ditayang kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa, tetapi dia ádalah perhiasan yang tersangat mahal, mulia dan istimewa dan layak ditayang pada masa-masa tertentu di tempat-tempat tertentu kepada orang yang istimewa dan berhak sahaja ie suami tercinta.

Menjauhi Perbuatan yang Menarik Perhatian Lawan Jantina

"… Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." Satu lagi panduan berguna buat menjaga kesucian diri. Secara fiziknya dapat difahami bahawa perbuatan memukul kaki itu termasuklah menggerakkan, melangkah, menghayun atau menggoyangkan kaki agar mengeluarkan bunyi (sama ada dari hentakan sandal, loceng, gelang kaki atau lain-lain) untuk menarik perhatian lelaki terutama semasa berjalan. Amat ironis perbuatannya, pada masa dia berbuat ketaatan kepada Rabbnya dengan menyembunyikan perhiasannya, pada masa sama juga dia ingin berbuat keingkaran (maksiat) kepada Rabbnya. Dia berbuat begitu semata-mata kerana masih mahu menurut hawa nafsunya, padahal dia pun tahu bahawa kaki yang hendak digunakan untuk maksiat itu pun dari Allah. Tidakkah dia berasa malu menggunakan harta seseorang untuk menentang orang itu sendiri, padahal dia hanyalah peminjam harta itu (ie kaki)?

Berpuasa

Berpuasa adalah saranan yang amat berkuasa dan berkesan dalam menjaga kesucian diri. Rasulullah telah memberitahu dengan jelas: "Wahai para pemuda, siapa sahaja di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Dan siapa sahaja yang belum mampu menikah, hendaklah ia berpuasa, sebab puasa itu memiliki pembenteng (wija)" (HR. Bukhari Muslim).

Ternyata sekali bahawa puasa itu benteng kukuh untuk para mukminin dan mukminat terutama para remaja Islam yang belum kahwin dalam usaha menjaga kesucian diri dari melakukan fahsyak kerana desakan hawa nafsu dan bujukan syaitan berupa jin dan manusia. Ya, hari ini jin-jin syaitan tidak nampak kerana ghaib tetapi syaitan berupa manusia memang banyak berkeliaran di mana-mana bahkan mereka bergiat mendakyahkan kemaksiatan kepada manusia melalui pelbagai sarana, media dan wacana.

Surat al Baqarah:183 menyatakan kesan puasa: "Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa." Ya, itu kesannya puasa, iaitu dapat menghasilkan muslim yang bertaqwa. Muslim bertaqwa tentu sekali menjaga kesucian dirinya secara awas dan ketat.

"Puasa itu menjadi perisai." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Satu lagi hadis yang menyokong kekuatan puasa sebagai wahana berguna dalam upaya menjaga kesucian diri. Puasa secara saintifiknya mengecilkan pembuluh darah sekaligus menyukarkan syaitan untuk berlari di dalamnya, secara automatis men'de-active'kan mereka.

Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang suci dan menjadi orang yang mensucikan diri. Sesungguhnya Allah itu Maha Suci dan menyukai kesucian, zahir dan batin.

Sucikanlah dosa kami Ya Rabb yang Maha Suci.
Ameen.

Ayuh, MUHASABAH DIRI ?!???!





Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai remaja sekalian :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk si dia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk si dia
* Hati dan perasaan


P/S: punca? kesan? implikasi cinta? Semuanya telah terjawab..tepuk dada, tanya iman! (*_^)semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan-Nya..ameen

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan CINTA?


Cinta adalah pertalian kasih sayang merangkumi aspek spiritual, emosi, fizikal, intelektual, dan sosial antara individu yang terlibat. Mereka saling menghargai nilai-nilai peribadi yang dimiliki dan memuliakan perhubungan yang wujud antara satu sama lain.

Cinta juga bermaksud kemahuan, keasyikan, tarikan, kerinduan, dan keresahan yang wujud hasil daripada keterikatan perasaan kepada seseorang atau sesuatau.

Cinta adalah penggerak yang menjadikan kita sebagai orang yang terbaik dalam banyak perkara dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, cinta juga kadangkala boleh merosakkan diri dan menjadikan seeorang sebagai manusia yang sebaliknya.

Menurut Profesor Hamka, " Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji."

TEORI CINTA BARAT
Terdapat beberapa pandangan mengenai cinta oleh sarjana dari barat berdasarkan kajian-kajian yang mereka lakukan.

"Cinta adalah permainan yang mempamerkan perbezaan antara seseorang dan orang lain. >>George Bernard Shaw

"Cinta adalah kemahuan seksual yang terpendam." >>Sigmund Freud
"Cinta adalah perjuangan untuk menyempurnakan diri untuk memenuhi dan mencapai ego-ideal seseorang." >> Theodore Reik

" Kemahuan untuk melepaskan diri daripada rasa bersalah." >>Charles Pierre

" Sekiranya kamu tidak mampu menyembunyikan sesuatu daripada seorang wanita, itu tandanya kamu menyintainya." >>Paul Geraldy

"Cinta adalah kuasa yang aktif yang dapat memecahkan tembok yang memisahkan manusia daripada teman-teman yang dapat menyatukan dengan orang lain." >>Erich Fromm

CINTA MENURUT PANDANGAN ISLAM

Antara definisi cinta yang disebutkan dalam Al Quran ialah kemahuan untuk berpasangan dan menikmati keindahan dan kelazatan hidup. Cinta adalah antara lelaki dan perempuan, nabi dan umat, ibu bapa dan anak, guru dan murid, majikan dan pekerja,. Semuanya adalah cinta berpasangan yang mempunyai pakej khusus dengan bentuk cinta yang berlainan.

Cinta antara lelaki dan perempuan sebagai pasangan kekasih dilihat sebagai cinta romantic atau cinta berahi(syahwat). Manakala cinta antara ibu bapa dan anak adalah cinta yang tidak bersyarat yang seharusnya ada sejak kewujudan anak tersebut dalam kandungan ibunya. Begitu juga halnya dengan antara guru dan murid atau pensyarah dengan pelajarnya yang mana cinta tersebut akan membawa kepada keberkatan ilmu dan kemanfaatan yang berpanjangan> Dalam surah Az Zariyat:49, Allah menyebut: " Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah."

" Cinta adalah sebagai suatu kecenderungan yang membawa kepada perasaan yang menyenangkan. Ia adalah tarikan pemikiran, kesudian, dan kecenderungan kepada sesuatu yang disukai." >> Imam Ghazali

" Cinta adalah sesuatu yang suci, tenang, utuh dan mengasyikkan. Cinta juga adalah gejolak perasaan yang muncul apabila orang yang bercinta merasa amat rindu dan terkenang-kenangkan yang dicintainya. Cinta adalah sebagai hawa, iaitu kecenderungan berserta nafsu terhaadap seseorang yang dicintainya.." >> Ibnu Qayyim al Jauziyyah

Secara keseluruhannya, cinta yang unggul didefinisikan sebagai cinta yang tulen kepada PENCIPTA SEGALA CINTA, iaitu ALLAH. Cinta yang tulen ini lahir daripada orang yang beriman yang mencintai ALLAH dengan sepenuh hati dan perasaan, bersikap lemah lembut dan saling mengasihi sesama manusia.

Cinta adalah anugerah Tuhan yang perlu dijaga dan dibajai dengan nilai-nilai kasih saying, penghormatan, kesetiaan, persefahaman, dan pengorbanan. Cinta memotivasikan akal, roh, perasaan, dan nafsu manusia untuk terus berusaha kea rah kesempurnaan hakiki. Cinta adalah pelengkap kehidupan dan melambangkan keindahan Tuhan dan setiap ciptaan-Nya..

Cinta benar-benar indah bagi mereka yang tahu menghargai cinta. Namun, cinta juga boleh menyebabkan kbinasaan sekiranya kita tidak tahu menjaganya. Oleh itu, bagi yang sedang hangat bercinta, cintailah diri anda sepenuhnya dan cintailah pencipta anda yang Maha Kuasa. Semoga dengan rasa cinta yang tulus dan ikhlas akan direstui dan mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Sunday, August 23, 2009

C.I.N.T.A...di manakah kesudahannya??

Romantik, Caring, Sentimental Value, Sehati Sejiwa, Fantastik: Semuanya Hanyalah Plastik

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan.

Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang bersyariatkan islam.

Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam?

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating. Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat. Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya.
Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat sangat? Sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas

cinta benar benar berlandaskan iman. Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah,malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya, ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman di dalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman. Tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apa-apa kerana tiada asas malu.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah dikatakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.

Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala"
Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

p/s:di manakah kesudahan cinta terlarang?tepuk dada, tanya iman....

Thursday, August 20, 2009

~.. Definisi Cinta..~



Love; some say it's like a ghost, which many people say about it, but only a few have seen it. some say it's a feeling when you see someone you like, you heart starts beating fast, and you feel shy all of a sudden. and when he/she approaches you and smile, you feel like flying. love; it's a feeling when you don't see other people anymore. and the world belongs to you and her/him. love is when you starts to blush when your eyes meets with the person you like.

to me, love is like a dream. dreaming is beautiful. dreaming is fun. so is love. however, you never realized the pain until you woke up. but when you do, everything seems to make sense and all the hopes and dreams, falling apart together. some can bear it, while others don't. and when they don't bad things happens.
so, you see, love isn't always great and being happy all the time. but, love is sometimes harsh and hurtful. but, that's the beauty of it. that's what makes a person a hero.

Monday, August 10, 2009

SALAM MUKADDIMAH


SALAM terindah.. SALAM yang harumnya melebihi kasturi, sejuknya melebihi embun pagi, SALAM sehangat sinar mentari waktu dhuha. SALAM sesuci telaga kauthar yang jika ditegukkan akan menghilangkan dahaga selamanya. SALAM penghormatan. SALAM ukhuwwah yang tidak akan pernah pudar dalam segala musim dan peristiwa. SALAM untuk semua makhluk di bumi ALLAH yg penuh barakah ini.......